Selasa, 3 Januari 2012

MEE SIPUT GORENG BERSAMA SAMBAL TUMIS

Assalammualaikum ,sudah lama rasanya tak makan mee siput goreng bersama sambal tumis,masa sekolah dulu selalulah makan.Mee siput ni susah sikit nak dapat kat KL ni,kalau dekat Johor banyaklah.Inipun nenek yang bagi ....anak-anak dan suami memang suka makan mee siput ni....kalau nak makan mee siput ni masukkan dalam plastik campurkan dengan sambal hancur-hancurkan sikit baru makan,lagi sedap......

POPIA GORENG UBI KENTANG

Popia kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera .Hari esok bermulalah sesi persekolahan 2012.Hari esok  juga bermulalah kesibukkan ibu untuk munguruskan si kakak ke sekolah pagi dan petang.Pada hari berikutnya adik pula akan ke sekolah tadika.Untuk hidangan pagi ini ,ibu akan menyediakan sarapan pagi dengan menggoreng popia sahaja untuk santapan anak-anak ibu.Popia memang menjadi kegemaran anak-anak, jadi ibu kenalah buat banyak dan frozenkannya supaya senang nanti.

    Ahad, 1 Januari 2012

    TALAM UBI

    Talam ubi
    ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA .....SABTU LEPAS  SAYA BUAT TALAM UBI YANG MEMANG SAYA SUKA  MAKAN.SEAWAL 6 PAGI SAYA BANGUN UNTUK BUAT TALAM UBI NI,DAH LAMA SANGAT UBI PARUT DALAM PETI BEKU TIBALAH MASANYA UNTUK SAYA CUBA BUAT.ALHAMDULILLAH JADI,DAPATLAH SAYA BAWA KE RUMAH MAKCIK  UNTUK KENDURI DI SHAH ALAM RASANYA MEMANG SEDAP.

    ~TALAM TOKYO~

    Talam Tokyo ni memang sedap .......resepi dari kak yatie  blog sinar kehidupanku.Pertama kali cuba dah menjadi, memang puas hati betul,sedap tidak terkata.

    talam tokyo


    ~KEK BIRTHDAY`~

    kek krim coklat
    Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.Masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada  yang sudi berkunjung ke blog saya.Tentu anda semua telah pun menanam azam untuk tahun 2012 kan?.Maklumlah kan, hanya tinggal beberapa hari lagi anak-anak kita hendak memasuki alam persekolahan .Sebagai ibu dan suri rumahtangga sudah semestinya kita agak sibukkan?Alhamdulillah si kecik AIN akan memasuki alam tadika pada hari khamis ni.....persiapan sekolah telahpun di siapkan.Excited betul dia nk ke sekolah,si kakak pun sama,tahun ni dah pun masuk darjah 5.Adik baru je nk masuk 4 tahun ,Semoga adik dapat mengikuti jejak langkah kakak. 
    Dalam kesibukkan membuat persiapan anak -anak ke sekolah sesi 2012.saya masih sempat juga mencuri masa untuk siapkan order.Selepas ni jadual agak padat sedikit sebab anak -anak perlukan perhatian lebih untuk memantau pelajaran mereka.Kek kawan order untuk jamuan menyambut tahun baru jumaat lepas.

    MUFFIN COKLAT DAN MUFFIN PISANG

    MUFFIN COKLAT KUKUS
    MUFFIN LAGI........KENALAH IBU BUATKAN UNTUK ANAK IBU SEKALI BILA NAK SIAPKAN ORDER .....SI KECIK AIN MEMANG SUKA MUFFIN .....

    MUFFIN PISANG BAKAR
    MUFFIN PISANG NI MEMANG SEDAP RASANYE ...NAK BUATNYA PUN TAKLAH SUSAH SANGAT.MUDAH JE......BELI SAJA TEPUNG MUFFIN PISANG KAT KEDAI BARANG -BARANG MEMBUAT KEK DAN IKUT ARAHANNYE,INSYAALLAH MENJADI.

    ~ KENTANG GORENG DAN NASI AMBENG~

    fanfries
    Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.Dah lame rasanya saya tidak membuat catatan dalam blog ni,maklumlah agak sibuk juga sejak kebelakangan ni.Saya terpakse menyiapkan tempahan kek dan talam yang kawan order,Alhamdulillah rezeki datang melimpahruah hingga ke hujung tahun 2011.Dalam kesibukkan menguruskan rumahtangga dan anak-anak,saya kenalah menyediakan makanan untuk anak-anak.Salah satunya yang paling mudah dengan menggoreng fanfriesje....untuk minum petang kakak dan si kecik tu lepas bangun dari tidur.
    nasi ambeng
    TERLIURLAH PULAK BILA TENGOK NASI AMBENG YANG ADIK BUAT NI.......HARI TU DIA MASAK KAT UMAHNYE ,BAWA DATANG KE RUMAH...NASIB BAIK ADA DAUN PISANG KAT DALAM PETI SEJUK BOLEHLAH AKAK TOLONG  BUATKAN AMBENGNYE.MEMANG SEDAP TERINGAT MASA KAT JOHOR.KALAU ADA KENDURI MESTI MAKAN NASI AMBENG.... SEDAP BOLEH MAKAN RAMAI-RAMAI.