Isnin, 7 Januari 2013

~~DURIAN CREPES&BLUBERRY CREPES~~













Assalammualaikum dan salam sejahtera semua......DURIAN CREPES & BLUBERRY CREPES ni saya buat minggu lepas...rasa lebih sedap hasil dari bancuhan 5 jenis tepung ia lebih lembut dan sedap dimakan...kulitnya lebih nipis Sesiapa yang ingin mencuba sila hubungi saya .

~~LAKSA~~


Sabtu, 5 Januari 2013

~~CORETAN 2013~~

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog midahcakehouse,selamat tahun baru 2013 kami sekeluarga ucapkan.........terima kasih kepada yang menyokong kami selama ini.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH kita semua masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang murah dariNYA.Baru hari ini saya berkesempatan membuat sedikit coretan untuk tatapan pengunjung,maklum sajalah...dengan kesibukkan mengurus rumahtangga dan anak -anak baru saja memulakan sesi persekolahan mereka.Walau bagaimanapun, alhamdullillah dengan izin ALLAH,semuanya berjalan dengan lancar.Persiapan anak-anak untuk tahun ini ,tidaklah terlalu banyak ...hanya perlu membeli barang yang perlu sahaja.Si kakak tahun ini akan menghadapi peperiksaan UPSR, manakala si adik masuk tahun kedua di tadika iaitu 5 tahun.Nampak gayanya,tahun ni merupakan tahun yang agak sibuk untuk urusan anak -anak dan suami tercinta.Apapun sebagai surirumah sepenuh masa,sudah menjadi tanggungjawab kita menjaga ,mendidik,dan menyayangi mereka.AMIN

Ahad, 9 Disember 2012

~~KEK COKLAT MOIST~~




RM 45 (1kg)



RM 5O (1.3kg)












RM 50 (1.3kg)



 
Assalammualaikum  dan salam sejahtera semua.....mata mengantuk,tapi masih mahu buat coretan untuk pengunjung blog midahcakehuose....Alhamdulillah,seawal jam 2 pagi saya telah pun mula membuat kek untuk tempahan yang dibuat oleh pelanggan.Dari mula membancuh adunan ,membakar dan akhirnya mendeko ,seawal jam 8 pagi semua tempahan dapat disiapkan dengan sempurna dan sedia untuk dihantar pada pelanngan.....jom kita lihat hasil kek yang telah pun saya buat ...

Sabtu, 8 Disember 2012

~~KERABU IKAN BILIS & POPIA,SAYUR GORENG TEPUNG

kerabu ikan bilis
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.Setiap hari masak ,sampai tak tahu nak masak apa,jadi kenalah selongkar apa yang ada dalam peti sejuk.Sebab nak jamu anak2 dan suami tersayang dan untuk menggalakkan  anak makan sayur....dan inilah hasil air tangan seorang ibu...............jom kita lihat......
popia & sayur goreng tepung

Rabu, 5 Disember 2012