Selasa, 27 Mac 2012

~~::Kek krim,dan cheese kek::~~

kek tema warna bright dan putih
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.Kali ni saya paparkan gambar kek krim yang di tempah oleh pelanggan ,untuk tema kali ini saya gunakan warna bright dan warna putih bagi menampakkan kek yang saya deko ni kelihatan menarik.Jom kita lihat.....


     marble cheese kek
Cheese kek ni ditempah oleh kawan untuk anaknya di kampung.Dan kek di bawah ni pula kek hadiah dari kawan masa birthday dulu.Terima kasihlah sebab buat kan kek ni untuk saya.
kek besday hadiah dari kawan

~~::tauhu sumbat,bergedel dan bihun sup::~~

bihun sup
tauhu sumbat

tauhu sumbat

bergedel kentang
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi ke blog midahcakehouse.Hari ini saya paparkan beberapa gambar yang telah saya ambil pada minggu lepas untuk tatapan kita bersama.Bihun sup ni saya buat untuk santapan hujung minggu yang lalu,asyik makan nasi bosanlah pulak...jadi untuk memenuhi selera keluarga,saya pun masak bihun sup yang cepat lagi mudah.
bergedel kentang
Kebetulan pula,ada tauhu dalam peti dan saya pun buatlah tauhu sumbat.Apa yang istimewanya tauhu sumbat yang saya buat ni ,biasanya orang akan gunakan kuah kacang atau sos,tapi disini saya menggunakan sambal kicap.Disini juga saya ada membuat bergedel yang di buat daripada kentang.Bergedel ni memang sesuai dimakan dengan bihun  sup dan juga soto,suami dan anak -anak memang suka ,jadi kalau buat kenalah lebih...jom kita tengok ....
bihun sup

Isnin, 19 Mac 2012

~~::majlis perkahwinan keluarga angkat adik ::~~

aisy anak buah yang comel

sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua

kenangan bergambar di atas lori estet

2 orang puteri yang sangat pandai bergaya.....


Ahad, 18 Mac 2012

~~::Koleksi kek bulan Mac


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi berkunjung ke blog midahcakehouse.Bertemu lagi kita pada kali ini,dengan beberapa gambar yang telah saya ambil dan perap seketika.Semua koleksi kek ni ,saya buat pada minggu cuti sekolah yang lepas Jom kita lihat...
Kek birthday yang saya buat ni,adalah perisa coklat,kemudian saya toppingkannyer dengan krim mentega,kemudian saya hiaskan pula dengan gambar gula upin dan ipin bagi menarik minat kanak-kanak.Harga untuk 1 kg biasanya di jual dengan hargaRM 45 SAHAJA.Itu tidak termasuk kos penghantaran.


Kek yang ini pula di jual dengan harga RM35 SAHAJA untuk 1KG tak termasuk kos penghantaran





~~::KERIA::~~

KUEH KERIA
Assalammualaikum  dan salam sejahtera semua.Kueh keria ni hidangan untuk sarapan pagi.Sebenarnya keria saya frozenkan,bila rasa nak makan goreng jer ...tak payah nak beli .

Keria ni baru jer siap di bentuk cuma tinggal nak goreng ,sejukkan kemudian baru difrozenkan.
KUEH KERIA YANG BELUM DIGORENG

~~::TALAM JAGUNG,ROTI JALADAN TALAM EPAL

Talam jagung
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.Kali ni kata lihat pula gambar talam yang saya ambil ni,sebenarnya TALAM JAGUNG ni kawan yang buat.Rasa talam ni memang best,kalau anda berminat bolehlah menempahnya...talam ni di jual dengan harga RM25 UNTUK LOYANG 10x10.

Roti jala

Talam epal ni juga kawan yang buat,seumur hidup ni...tak pernah makan talam epal ni,tapi oleh kerana ada kawan yang kriatif pandai mengubah resepi dapatlah merasa,kalau nak mencuba bolehlah menempahnya Harga RM 28 loyang 10x10.
Talam epal

Sabtu, 17 Mac 2012

~~::donat yang comel::~~

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog midahcakehouse.Bila lihat gambar donat ni,rasa macam nak makan lagi...maklumlah,orang yang belanja katakan.Sebenarnya donat ni ayah dan ibu aisy yang belikan masa birthday kak ain.Donat ni memang lembut,dah lembut comel-comel pulak tu...gebu macam aisy,rasa jangan cakaplah memang sedap...